Tips 1:
Pemilihan Tema
- anda perlu merancang bersama keluarga tema majlis tunang, nikah atau perkahwinan anda. Contohnya, tema Inggeris, tema nature/ kehijauan, tema bollywood, tema ekslusif dan sebagainya
Pemilihan Warna
- pilih 3 warna maksimum untuk pelamin anda. Gabungan warna juga membawa peranan, contohnya gabungkan warna yang nampak tenang & tidak serabut. Pelamin warna pastel lebih mudah untuk anda sesuaikan dengan baju ! Untuk design pelamin warna pastel boleh rujuk di sini
Tips 2:
Backdrop
Besi Backdrop (Jetset)
- Saiz besi jetset perlu dipilih mengikut ketinggian dan keluasan ruang dalam rumah.
-Rumah teres: ketinggian 10-12 kaki, lebar 10 kaki
-Rumah banglo : ketinggian 10-15 kaki, lebar 10-20 kaki
-Rumah flat/ apartment : ketinggian 8-10 kaki, lebar 5-8 kaki
Ketinggian pelamin haruslah sehingga mencapai ceiling rumah supaya pelamin nikah/tunang anda nampak lebih besar
Arch Kayu Sebagai Backdrop
- Sesuai untuk pelamin outdoor, garden wedding & beach wedding
Tips 3:
Karpet
Sumber: blogbeen.com
Tips 4:
Sumber: SBD Event Designs
Drapping/ Langsir Backdrop - Pemilihan langsir backdrop pelamin yang simple atau kosong sudah memadai jika hiasan bunga banyak/ penuh.
- Langsir berwarna putih mampu memberi impak mewah walaupun kelihatan simple. Gambar juga menjadi lebih cantik & cerah.
Tips 5:
Stage/ Pentas Kecil
- Pentas diharuskan jika anda mahu kelihatan menyerlah pada hari majlis. Ia menampakkan anda lebih menonjol kerana kelihatan lebih tinggi ketika berada di atas pelamin. Pentas untuk mini pelamin lebih kurang 3x6 kaki
Tips 6:
Bunga atau daun
- Boleh menggunakan bunga atau daun-daun artificial atau segar (fresh).
Bunga artificial:
- pastikan membeli bunga plastik yang berkualiti
- pilih bunga plastik nampak seperti bunga segar (fresh)
- pilih bunga bertangkai banyak atau berkelopak besar supaya pelamin nampak penuh
Bunga plastik boleh juga dibeli di sini
Jika bunga fresh melebihi bajet anda, anda boleh campur bunga plastik & bunga segar juga.
Tips 7:
Sewa Barang mengikut SET
Sumber : https://thelovecreation.blogspot.my/
- Tahukah anda pemilihan barang berasingan menambahkan lagi perbelanjaan anda? Anda juga memerlukan lebih masa untuk merancang.
-Set pelamin termasuk:
1) Backdrop
2) Bunga
3) Dekorasi pelamin
4) Karpet
5) Stage
Untuk pemilihan pelamin yang mempunyai set boleh rujuk sini