Nak Jimat? 7 Tips Pelamin DIY Yang Tak Nampak "Cheap"

Kepada yang bakal menjadi Tunangan Orang atau Ratu Sehari, mesti inginkan sentuhan sendiri dalam majlis tunang atau nikah anda kan? Supaya ia menjadi lebih bermakna betul tak? Kami kongsikan pelamin yang nampak simple tapi kelihatan mewah dan cantik yang anda boleh buat sendiri !

Tips 1:
Pemilihan Tema
- anda perlu merancang bersama keluarga tema majlis tunang, nikah atau perkahwinan anda. Contohnya, tema Inggeris, tema nature/ kehijauan, tema bollywood, tema ekslusif dan sebagainya

Pemilihan Warna
- pilih 3 warna maksimum untuk pelamin anda. Gabungan warna juga membawa peranan, contohnya gabungkan warna yang nampak tenang & tidak serabut. Pelamin warna pastel lebih mudah untuk anda sesuaikan dengan baju ! Untuk design pelamin warna pastel boleh rujuk di sini

Tips 2:
Backdrop

Besi Backdrop (Jetset)

- Saiz besi jetset perlu dipilih mengikut ketinggian dan keluasan ruang dalam rumah.
-Rumah teres: ketinggian 10-12 kaki, lebar 10 kaki
-Rumah banglo : ketinggian 10-15 kaki, lebar 10-20 kaki
-Rumah flat/ apartment : ketinggian 8-10 kaki, lebar 5-8 kaki

Ketinggian pelamin haruslah sehingga mencapai ceiling rumah supaya pelamin nikah/tunang anda nampak lebih besar

Arch Kayu Sebagai Backdrop

- Sesuai untuk pelamin outdoor, garden wedding & beach wedding


Tips 3: 
Karpet


Sumber: blogbeen.com

- pilih karpet yang tebal (shaggy carpet) untuk nampak ekslusif. Pemilihan warna karpet juga perlulah bersesuaian dengan warna backdrop/drapping. Warna "off-white" / putih selalunya menjadi pilihan ramai. Karpet shaggy boleh disewa di sini

Tips 4:
Sumber: SBD Event Designs
Drapping/ Langsir Backdrop 
- Pemilihan langsir backdrop pelamin yang simple atau kosong sudah memadai jika hiasan bunga banyak/ penuh.
- Langsir berwarna putih mampu memberi impak mewah walaupun kelihatan simple. Gambar juga menjadi lebih cantik & cerah.

Tips 5:
Stage/ Pentas Kecil
- Pentas diharuskan jika anda mahu kelihatan menyerlah pada hari majlis. Ia menampakkan anda lebih menonjol kerana kelihatan lebih tinggi ketika berada di atas pelamin. Pentas untuk mini pelamin lebih kurang 3x6 kaki

Tips 6:

Bunga atau daun
- Boleh menggunakan bunga atau daun-daun artificial atau segar (fresh).
Bunga artificial:
- pastikan membeli bunga plastik yang berkualiti
- pilih bunga plastik nampak seperti bunga segar (fresh)
- pilih bunga bertangkai banyak atau berkelopak besar supaya pelamin nampak penuh
Bunga plastik boleh juga dibeli di sini

Jika bunga fresh melebihi bajet anda, anda boleh campur bunga plastik & bunga segar juga.

Tips 7:
Sewa Barang mengikut SET


- Tahukah anda pemilihan barang berasingan menambahkan lagi perbelanjaan anda? Anda juga memerlukan lebih masa untuk merancang.
-Set pelamin termasuk:
1) Backdrop
2) Bunga
3) Dekorasi pelamin
4) Karpet
5) Stage
Untuk pemilihan pelamin yang mempunyai set boleh rujuk sini

Testimoni Pelanggan Kami

Testimoni positif daripada pelanggan kami yang pernah menggunakan khidmat Pelamin Nikah, Tunang dan Sanding oleh The Love Creation. ...